Selaras dengan visi universiti, maka UTHM melalui inisiatif Pusat Teknologi Maklumat (PTM) berhasrat untuk mencari penyelesaian bagi masalah tersebut melalui aplikasi teknologi terkini. Penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Aplikasi, Pusat Teknologi Maklumat UTHM mendapati bahawa teknologi RFID (Radio Frequency Identification) adalah teknologi yang amat praktikal untuk digunakan sewaktu majlis atau upacara konvokesyen.
Aplikasi Sistem Pengurusan Giliran Konvokesyen (SPGK) UTHM adalah amat mudah. Setiap graduan akan dibekalkan dengan tag RFID untuk dilekatkan pada jubah konvokesyen masing-masing dan para graduan hanya perlu melalui peranti atau antena pembaca RFID yang diletakkan di lokasi yang strategik sewaktu mereka naik ke pentas untuk mengambil skrol.
Sistem secara automatik akan menentukan identiti graduan yang sedang mengambil skrol dengan memeriksa biodata graduan tersebut dari pangkalan data. Dalam masa yang serentak, sistem juga akan memaparkan nama graduan di skrin utama dan memainkan rakaman suara bagi nama graduan tersebut dengan tepat.
Penggunaan SPGK ini telah dirasmikan pada Majlis Konvokesyen ke-6 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 1 hingga 5 September 2007 yang lalu dengan jayanya. Adalah tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa UTHM merupakan IPT perintis yang berjaya menguruskan giliran graduan mengambil skrol mengunakan teknologi RFID.
1 komentar:
hahaha... berat nih kayaknya blog adhe
Posting Komentar